Hukuman Dan Ganjaran Biar Selari Dengan Situasi-'Bonda Nor' Berkongsi Realiti Keibubapaan Masa Kini.

Hukuman Dan Ganjaran Biar Selari Dengan Situasi-'Bonda Nor' Berkongsi Realiti Keibubapaan Masa Kini.

Personaliti dan penulis terkenal, Bonda Nor telah berkongsi mengenai masalah, pandangan dan cadangan penyelesaian mengenai anak-anak zaman milennium ini.

 

"Kita bukan mahu anugerah bapa atau ibu terbaik dunia. Cukuplah anak-anak terdidik, baik budi dan mendengar kata", Ammar Kamilin

 

BUY NOW

 
Penulis Parent, Think! - 'Bonda Nor' dan 'Ammar Kamilin' 

Perkongsian 2 keluarga.

Seorang ibu, penulis buku 'best seller'  yang selalu bercerita tentang kerenah 7 orang anak-anaknya - Bonda Nor.

Seorang lagi ayah kepada 4 beradik, penulis viral media sosial yang juga suka bercerita tentang psikologi kanak-kanak - Ammar Kamilin.  

 

Masing-masing mempunyai pengikut dan pengaruh tersendiri.

Apabila kedua-duanya bergabung dalam membuat perkongsian, dunia keibubapaan tampak sempurna dilihat dari dua perspektif berbeza, menerusi dua buah keluarga yang berbeza latar belakangnya!

 

Parent, Think!

Sebuah naskhah keibubapaan yang jujur

Penulis tidak mengetengahkan teori-teori seperti yang biasa kita temui dalam buku-buku parenting yang lain. 

Sebaliknya berkongsi realiti keibupaan masa kini. Masalah, pandangan dan cadangan penyelesaian.  

Konten semua on point.  

Dan bonus, slot sembang santai keluarga yang buat pembaca ketawa dan terhibur menghayatinya! 

 

Baca perkongsian penuh Puan Saidah Ismail di bawah:

Saya teruja mencari perbezaan di antara Parent, Think! dengan 'Parenting'.

Kedua-duanya tentang keibubapaan.

Namun Parent, Think! berbeza. Ia bukan sekadar teori.

Kaedahnya PRAKTIKAL. Bonda Nor dan Tuan Ammar Kamilin telah membuktikannya.

 

Membaca Parent, Think! ini seperti menonton drama dua buah keluarga.

Keluarga Bonda Nor dan keluarga Tuan Ammar Kamilin.

Anak-anak mereka seperti anak-anak kita juga menangis, merajuk, mengamuk, tolak menolak kerja, berkelahi, bergajet dan berbagai- bagai ragam lagi.

Mereka berdua mempunyai cara tersendiri menangani kerenah anak-anak.

Semuanya praktikal. Ibu- ibu boleh terus tiru kaedah mereka dalam mendidik anak- anak yang masih kecil dan remaja.

Bina azam baru pendidikan anak- anak tahun 2020

"Buruk mereka, tegur dengan tegas. Baik mereka, puji dengan ikhlas. Hukuman dan ganjaran biar selari dengan situasi", Bonda Nor

 

Kelihatan Bonda Nor memeluk, memujuk anak kesayangan, memaksa anak -anak dengan muka singanya, melihat anak-anak dihukum berdiri menghadap dinding, berbual,berbincang hati ke hati dengan anak- anak.  

Ada juga babak Bonda Nor cemas tetapi pantas menonggeng anaknya yang tercekik duit siling 50 sen.

Bonda Nor membenarkan anak-anak menggunakan gajet tetapi ada peraturan dan kawalannya.

Betul, menghalang anak- anak daripada gajet umpama menahan hujan yang turun. Tak mampu kita. Jika kita boleh kawal seperti Bonda Nor pun sudah cukup baik.

 

Mengintai pula rumah Ammar Kamilin, kita melihat seorang suami dan ayah yang penyayang.

Kaedah sentuhan, belaian, bersembang santai dan bergurau dengan anak-anak membuatkan kita berasa amannya keluarga Tuan Ammar Kamilin.

'Parenting' sangat. Dia mendekati jiwa anak-anak, gayanya bersahaja dan senang bercanda. 

Macam- macam ilmu dan teknik 'parenting' yang beliau bincangkan Semuanya boleh kita pelajari dan praktikkan.

Teknik tegas, disiplin, paksa dan muka 'MUKA SINGA' Bonda Nor terbukti berkesan.
Contohnya dapat dibaca pada bab ‘ The Making of Najla Adi’.

 

Buku Parent, Think! Ini hebat. Apa yang hebat?

Sebab membacanya SANTAI, SERONOK dan SESUAI kaedahnya dengan zaman milennium ini.

Di kala kita pening kepala dengan kecanduan anak-anak terhadap 'handphone'.

Kita temui cara mengawalnya di dalam buku ini.

Tatkala ibu ayah dan anak tanpa sedar membentuk pulau masing- masing, Tuan Ammar Kamilin menyarankan pelbagai teknik menautkan hati.

Baca buku Parent, Think! , dan bina azam baru pendidikan anak- anak tahun 2020!

 

Bagi yang berminat untuk dapatkan buku ini : KLIK SINI